About Me

My photo
anak perempuan... kakak kepada 3 orang adik lelaki... mengajar dan belajar.. tunang kepada yang tersayang....

Thursday, March 3, 2011

coretan 8:29 pm (03/03/11)

Sesungguhnya kehidupan ini seperti sebatang jalan yang ada banyak simpang.Kita perlu tahu simpang mana yang perlu kita pilih untuk memastikan kita sampai ke destinasi yang ingin dituju. Dugaan bertunang memangla sangat hebat.Kadang-kadang perkara kecil pun boleh menjadi besar. Boleh mewujudkan konflik diantara kami berdua.Aku sendiri tidak pasti dengan perasaan aku ketika ini. Aku cuba membaik pulih keadaan supaya kembali sperti biasa. Tetapi, aku silap. Air mata yang jatuh sahaja jadi peneman aku tika ini. Biarlah orang nak cakap apa. Pedih di  hati ini hanya diriku yang tahu, rasa dan faham. Mereka yang melihat hanya pandai berkata-kata. Mereka tidak mengerti apa yang aku rasa.Ya Allah berikanlah aku kekuatan dalam menghadapi hidup ini. Jalan yang ku pilih ini sangat sukar dan mencabar buat diriku. Tetapi, aku tidak boleh berputus asa dalam memilih jalan yang paling baik dan senang. Jalan yang bersimpang siur membolehkan aku meneroka kehidupan dengan penuh pengalaman. Pengalaman akan mengajar kita menjadi lebih matang dalam kehidupan. Ya. Aku percaya pada itu.

Thursday, December 30, 2010

catatan 30 disember 2010

Aku telah memulakan pencarian kerja (job hunting) tetap... sepanjang setahun ini aku merupakan seorang guru di sebuah sekolah dan telah menamatkan perkhidmatan pada 31 disember 2010...aku  telah pun mengemukakan permohonan baru untuk menyambung perkhidmatan..menunggu keputusan petang ni...sebab pegawai yg incharge ada meeting yang menetukan keperluan guru pd thn 2011..kalau ada rezeki untuk aku , InsyaAllah aku akan memulakan tugas sebagai guru walaupun bukan di sekolah yang sama...takpe..aku dah cukup bersyukur kalau aku dapat disambung semula.....dalam masa yang sama aku masih terus mencari dan mencari pekerjaan tetap supaya aku taklah berasa risau+tertekan+tertunggu setiap kali menjelang tahun baru dan penghabisan tahun....dalam hidup ini, aku amat yakin dan pasti kalau ade rezki ditambah dengan usaha yang berterusan, pastinya akan membuahkan kejayaan...

6:26 pm
Alhamdulillah syukur....aku diterima sambunganku untuk berkhidmat dalam bidang pendidikan ini....Janjiku pada tahun 2011, untuk buat yang terbaik ....lebih baik daripada tahun 2010....seronok dan syukur kepada-Mu Ya Allah yang memberikan rezeki pada tahun 2011..semoga dipermudahkan urusan perjalananku.....AMIN!!!

11:28 pm
I'm happy...coz dating+outing+meeting....ada rasa yang tak pernah aku rasa.....satu benda yang aku belajar sepanjang hidupku....

Wednesday, December 29, 2010

salam perkenalan

Assalamualaikum w.b.t....

Salam perkenalan daripada saya... Dari pagi jari-jariku ini menaip kata kunci dan menekan mana-mana butang yang ada pada keyboard..mulanya aku hanya melayan facebook ku ini..tetapi entah macam mana, hatiku terpanggil untuk menulis setiap idea yang bermain di fikiranku...sekadar untuk berkongsi apa yang aku ada, apa yang aku lihat dan dengar....menggunakan pancainderaku....maka terhasillah blog  ini....dan aku rasa tidak ada salahnya untuk meluahkan apa yang aku rasa, suka, duka, pahit, manis, gembira,menangis, masam, manis, masin..dan itulah permulaan perjalanan untuk menulis di blog 3 RASA ini.. harapanku blogger-blogger yang berada di luar dapat menerima hasil penulisanku yang tak seberapa..sebarang kekurangan, saya memohon ampun dan maaf....setiap coretan di blog ini adalah perjalanan yang penuh dengan pengalaman hidupku yang ku lalui...