About Me

My photo
anak perempuan... kakak kepada 3 orang adik lelaki... mengajar dan belajar.. tunang kepada yang tersayang....

Thursday, March 3, 2011

coretan 8:29 pm (03/03/11)

Sesungguhnya kehidupan ini seperti sebatang jalan yang ada banyak simpang.Kita perlu tahu simpang mana yang perlu kita pilih untuk memastikan kita sampai ke destinasi yang ingin dituju. Dugaan bertunang memangla sangat hebat.Kadang-kadang perkara kecil pun boleh menjadi besar. Boleh mewujudkan konflik diantara kami berdua.Aku sendiri tidak pasti dengan perasaan aku ketika ini. Aku cuba membaik pulih keadaan supaya kembali sperti biasa. Tetapi, aku silap. Air mata yang jatuh sahaja jadi peneman aku tika ini. Biarlah orang nak cakap apa. Pedih di  hati ini hanya diriku yang tahu, rasa dan faham. Mereka yang melihat hanya pandai berkata-kata. Mereka tidak mengerti apa yang aku rasa.Ya Allah berikanlah aku kekuatan dalam menghadapi hidup ini. Jalan yang ku pilih ini sangat sukar dan mencabar buat diriku. Tetapi, aku tidak boleh berputus asa dalam memilih jalan yang paling baik dan senang. Jalan yang bersimpang siur membolehkan aku meneroka kehidupan dengan penuh pengalaman. Pengalaman akan mengajar kita menjadi lebih matang dalam kehidupan. Ya. Aku percaya pada itu.